KAMBING PERAP – BAKAR DENGAN KUALI TIDAK MELEKAT ( NON STICK PAN @ FRYING PAN )
Rasa rempah melekat pada daging, warna agak gelap , Sesuai bagi pek saiz besar. Mudah !!
1- Defrost (thaw) produk menggunakan beberapa cara seperti rendam dalam air.
2 – Ketika mengeluarkan kambing dari pek, Tidak perlu menuang sos perap bersama bagi mengelakkan rasa masin dan pahit pada kambing.
3 – Susun daging kambing di atas frying pan dan pastikan tiada kambing yang bertindih , Tujuaannya utk memastikan proses pembakaran yang sempurna dan sekata.
4 – Anda dicadangkan untuk menggunakan api sederhana besar dan tak perlu menggunakan penutup.
5 – Balik-balikan kambing dalam 1-2 minit dengan masa diantara 8 – 10 minit, Untuk kepastian daging kambing betul-betul masak (well done), kelar bahagian daging kambing paling tebal dan lihat tiada warna kemerahan pada tekstur daging kambing
– Hidangan siap dimasak dan selamat menjamu selera !! –
P/s : Masa bergantung tahap kepanasan yang digunakan dan saiz lebar frying pan.
=> Sila Tonton Video Di Bawah Untuk Lebih Jelas